MENGENAI KAMI

LATAR BELAKANG PUSPANITA


  • Idea penubuhannya datang daripada Tun Dr. Siti Hasmah sendiri semasa beliau dan suami yang sedang bercuti di Indonesia telah disambut oleh Persatuan Wanita (DARMAWANITA) di sana.
  • Upacara sambutan begitu baik serta layanan yang mesra oleh kaum wanita di sana membuatkan Tun Mahathir memberi saranan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk mewujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia.
  • Saranan ini direalisasikan dengan penubuhan PUSPANITA secara rasminya pada 1 Mac 1983 dan sebuah rumah kerajaan bernombor JKR 5171, di Jalan Hose , Kuala Lumpur telah diserahkan kepada PUSPANITA untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti.
  • PUSPANITA telah mengorak selangkah lagi apabila pada Januari 1994 Tun Dr Siti Hasmah sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan Rumah PUSPANITA yang baru menggantikan rumah kerajaan tersebut.
  • Dewan di Rumah PUSPANITA telah diambil sempena nama beliau iaitu Dewan Dr Siti Hasmah.
  • Pembinaan bangunan yang lebih besar serta infrastruktur yang lebih baik ini mendorong PUSPANITA untuk menjalankan lebih banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya.
  • Hasil daripada itu tertubuhnya PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah setahun selepas penubuhan PUSPANITA Kebangsaan dan kini telah mengalami pelbagai evolusi sejak dari zaman penubuhannya.
  • PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah diterajui oleh beberapa orang wanita yang berkarisma dan berwibawa serta melaksanakan pelbagai aktiviti di Rumah PUSPANITA yang telah dirasmikan pada 22 April 2009 di alamat 940 Jalan Menteri Off Jalan Sultanah 05350 Alor Setar.
  • Penubuhan PUSPANITA merupakan detik bersejarah dalam pembangunan wanita di negara ini. 
  • Tun Dr Siti Hasmah selaku Penaung PUSPANITA Kebangsaan yang pertama sendiri telah meneliti aktiviti yang dijalankan oleh persatuan-persatuan seperti BAKAT (Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera), PERKEP (Persatuan kebajikan Isteri-isteri polis), PELITAWANIS (Persatuan Wanita Lembaga Letrik Negara), dan lain-lain pertubuhan wanita yang telah diwujudkan. 
  • Pertubuhan seperti ini dapat memberi sokongan dan sumbangan positif terhadap usaha-usaha kerajaan membangunkan negara. 

OBJEKTIF

  • Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan.
  • Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar dan kursus.
  • Adalah untuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat.
  • Adalah untuk menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
  • Adalah untuk mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini.
  • Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan juga boleh memiliki tanah, bangunan dan aset-aset atau sebagainya untuk kebajikan dan faedah ahli.
  • Adalah untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini, hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang di buat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini, dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.

VISI

  • Ke arah PUSPANITA cemerlang

MISI

  • Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketerampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat

MOTO

  • "Wanita Sepakat Negara Meningkat"


No comments:

Post a Comment