Saturday 22 January 2022

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH KUALA MUDA BIL.1/2021

 Tarikh : 30 Mac 2021 (Selasa)

Tempat : Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda

Mesyuarat Bil.1/2021 diadakan bagi membincangkan mengenai persediaan Mesyuarat Agung yang akan dijangka berlangsung pada 08 Ogos 2021, pembentangan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020 dan mengenai laman Rasmi Facebook Puspanita Daerah Kuala Muda..





PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN WAKALAH ZAKAT KEPADA GOLONGAN ASNAF

Tarikh : 24 November 2021

Tempat : Sekitar Daerah Kuala Muda 

Alhamdulillah, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda bersama PUSPANITA Cawangan Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat kepada 10 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dalam Daerah Kuala Muda.





BENGKEL LAMAN WEB PUSPANITA

Program Bengkel Laman Web PUSPANITA anjuran Biro Pembangunan ICT dan Publisiti PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah kepada ahli-ahli PUSPANITA pada 23 Januari 2022