Saturday 26 February 2022

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH KUALA MUDA

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda Bil. 1/2022 telah diadakan pada 15 Februari 2022 (Selasa) pada jam 3.30 Petang bertempat di Bilik Mesyuarat MPSPSK. Mesyuarat pada kali ini diadakan adalah sebagai sesi perkenalan bersama Pengerusi baru PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda yang telah bertukar ke Daerah Kuala Muda mulai 01 Februari 2022. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk menyelaras senarai tugas serta aktiviti sempena Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda yang akan diadakan pada 28 Februari 2022 (Isnin) pada jam 09.30 Pagi di Auditorium MPSPK.

No comments:

Post a Comment