Saturday 26 February 2022

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH KUALA MUDA

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda Bil. 1/2022 telah diadakan pada 15 Februari 2022 (Selasa) pada jam 3.30 Petang bertempat di Bilik Mesyuarat MPSPSK. Mesyuarat pada kali ini diadakan adalah sebagai sesi perkenalan bersama Pengerusi baru PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda yang telah bertukar ke Daerah Kuala Muda mulai 01 Februari 2022. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk menyelaras senarai tugas serta aktiviti sempena Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda yang akan diadakan pada 28 Februari 2022 (Isnin) pada jam 09.30 Pagi di Auditorium MPSPK.

MESYUARAT AJK DAN MAJLIS JASAMU DIKENANG

Pada 23 Januari 2022 (Ahad) pada jam 01.00 Petang bertempat di SUCA Station Riverfront, Sungai Petani, Kedah telah diadakan satu Majlis Jasamu Dikenang. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan sempena Pertukaran Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda Y.Bhg. Datin Noorlia Binti Ahmad yang akan bertukar mulai 01 Februari 2022. Majlis tersebut turut sama meraikan pertukaran Setiausaha MPSPK Puan Sunita Binti Abdul Aziz. Majlis ini telah dihadiri oleh AJK PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda bertemakan warna
Merah Hitam.

Saturday 22 January 2022

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH KUALA MUDA BIL.1/2021

 Tarikh : 30 Mac 2021 (Selasa)

Tempat : Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda

Mesyuarat Bil.1/2021 diadakan bagi membincangkan mengenai persediaan Mesyuarat Agung yang akan dijangka berlangsung pada 08 Ogos 2021, pembentangan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020 dan mengenai laman Rasmi Facebook Puspanita Daerah Kuala Muda..





PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN WAKALAH ZAKAT KEPADA GOLONGAN ASNAF

Tarikh : 24 November 2021

Tempat : Sekitar Daerah Kuala Muda 

Alhamdulillah, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda bersama PUSPANITA Cawangan Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat kepada 10 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dalam Daerah Kuala Muda.





BENGKEL LAMAN WEB PUSPANITA

Program Bengkel Laman Web PUSPANITA anjuran Biro Pembangunan ICT dan Publisiti PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah kepada ahli-ahli PUSPANITA pada 23 Januari 2022