LAMAN RASMI
PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH KUALA MUDA
Saturday, 26 February 2022
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH KUALA MUDA
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda Bil. 1/2022 telah diadakan pada 15 Februari 2022 (Selasa)
pada jam 3.30 Petang bertempat di Bilik Mesyuarat MPSPSK. Mesyuarat pada kali ini diadakan adalah sebagai sesi perkenalan bersama
Pengerusi baru PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda yang telah bertukar ke Daerah Kuala Muda mulai 01 Februari 2022. Mesyuarat
ini juga bertujuan untuk menyelaras senarai tugas serta aktiviti sempena Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda
yang akan diadakan pada 28 Februari 2022 (Isnin) pada jam 09.30 Pagi di Auditorium MPSPK.
MESYUARAT AJK DAN MAJLIS JASAMU DIKENANG
Pada 23 Januari 2022 (Ahad) pada jam 01.00 Petang bertempat di SUCA Station Riverfront, Sungai Petani, Kedah telah diadakan satu Majlis Jasamu Dikenang. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan sempena Pertukaran Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda Y.Bhg. Datin Noorlia Binti Ahmad yang akan bertukar mulai 01 Februari 2022. Majlis tersebut turut sama meraikan pertukaran Setiausaha MPSPK Puan Sunita Binti Abdul Aziz. Majlis ini telah dihadiri oleh AJK PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda bertemakan warna Merah Hitam.
Saturday, 22 January 2022
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH KUALA MUDA BIL.1/2021
Tarikh : 30 Mac 2021 (Selasa)
Tempat : Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda
Mesyuarat Bil.1/2021 diadakan bagi membincangkan mengenai persediaan Mesyuarat Agung yang akan dijangka berlangsung pada 08 Ogos 2021, pembentangan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020 dan mengenai laman Rasmi Facebook Puspanita Daerah Kuala Muda..
Subscribe to:
Posts (Atom)